Assalamualaikum kekasih Allah.......
Andainya kau masih ada, Aku teringin benar untuk melihatmu. Apabila terdengar dan terbaca kisahmu melalui kitab suci, hati ini runtun. Lama benar telah engkau tinggalkan kami, umatmu. Namun namamu masih tetap mekar harum di setiap kuntuman bibir. Wahai kekasih yang amat dicintai, tahukah engkau hati ini menangis kerana tidak pernah sekalipun berjumpa denganmu. Namun, segalanya telah tertulis. Kau kekasih-nya dan dia amat menyayangimu. Lama sudah aku menyimpan rasa cinta yang menggunung terhadapmu, teringin benar mahu meluahkannya. Sentiasa aku berdoa supaya dapat bertemu dengan engkau walaupun hanya dalam mimpi yang cuma beberapadetik. Semoga engkau yang menantiku di sana nanti.....
No comments:
Post a Comment